Khamis, 4 September 2014

Pertapaan


Menarik jugak benda ni. Dia ajar dari basic balik. Pertapaan merupakan satu-satunya cara sejati dalam tradisi kerohanian yang berabad-abad lamanya untuk melihat ke dalam diri dan menemui sifat dalaman kita. Pertapaan membawa kita kepada persoalan yang tak terbatas oleh masa:

1. Aku ini siapa?
2. Aku mari dari mana?
3. Apa tujuan aku dalam dunia ni?
4. Macam mana cara aku boleh beri sumbangan kepada dunia semaksimumnya?

Pertapaan merupakan antara cara kita menemui jawapan-jawapan yang mendalam berkenaan diri kita ini melalui pengalaman dalaman kita.

Ajaran Tao merupakan satu cabang jalan pertapaan yang mengajar pelajarnya untuk menerokai diri dalaman mereka. Amalan pertapaan Tao purba ini digunakan sejak beribu-ribu tahun lampau untuk membantu orang ramai mengatasi tekanan dan mencabar isu-isu pada ketika-ketikanya.

Sumber: Prektis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan