Lama gua tidak layan siri televisyen China Bukit. Di sini selalunya mereka menayangkan siri-siri dari Taiwan atau dari Singapore. Bahasa Cina depa menggunakan bahasa Cina Hokkien yang buat gua migrain mendengarnya. Gua tidak reti cakap bahasa Hokkien dan tak faham!!
Biasanya, gua bertutur dengan loghat hulu Sungai Yangtze, disebut sebagai loghat Shang Jiang. Loghat ini dituturkan juga di negeri Yunnan, Guangxi, dan selatan negeri Gansu. Oleh itu, gua boleh pretend yang gua ini adalah seorang China Bukit dari Barat, lols. Gua boleh faham bahasa Cina Kantonis juga.
Biasanya, gua bertutur dengan loghat hulu Sungai Yangtze, disebut sebagai loghat Shang Jiang. Loghat ini dituturkan juga di negeri Yunnan, Guangxi, dan selatan negeri Gansu. Oleh itu, gua boleh pretend yang gua ini adalah seorang China Bukit dari Barat, lols. Gua boleh faham bahasa Cina Kantonis juga.
Berbalik ke siri televisyen ini, judul bahasa Cinanya berbunyi 步步驚心 Bu Bu Jing Xin. Maksud literalnya adalah, Langkah demi Langkah Terkecut Hati. Entah, gua hentam trenslet saja.
Sinopsis
Siri ini menceritakan mengenai seorang gadis dari abad ke-21, Zhang Xiao yang kena langgar kereta selepas pulang bekerja. Kejadian itu membawanya masuk ke dimensi zaman dinasti Qing semasa pemerintahan maharaja Kangxi (1704).
Dia mendapati bahawa rohnya terperangkap dalam tubuh anak gadis seorang pegawai tinggi Manchuria bernama, Ma'ertai Ruoxi. Ma'ertai Ruoxi pula adalah adik kepada Ma'ertai Ruolan, seorang gundik kepada putera kelapan maharaja, putera Yinsi. Tersangkut di zaman silam, Zhang Xiao mesti menyesuaikan dirinya. Dia bertemu dengan putera-putera lain seperti putera keempat, putera Yinzhen serta adinda kandungnya, putera ke-14, putera Yinti. Ruoxi berkawan rapat dengan putera ke-13, putera Yinxiang. Dengan kecantikan kebijakannya, Ruoxi berjaya memenangi hati maharaja dan menjadi cik puan menunggu untuk melayani maharaja dan kerabat baginda.
Selanjutnya itu, tonton sendirilah. Gua malas mau cerita panjang.
Maklumat Siri
Siri ini diadaptasi dari novel hasil karangan Tong Hua terbitan 2005. Pada 2012, semua tiga bilangan novel diterbitkan penuh oleh Syarikat Penerbitan Kebudayaan Yeren di Taiwan.
Rakaman filem siri televisyen ini bermula pada 6 Dis 2010 di Shanghai dan tamat pada 22 Mac 2011. Ia pertama kali diudarakan di China menerusi Sistem Penyiaran Hunan (HBS) pada 10 Sep 2011. Sekuel musim kedua, bermula difilemkan di Tianjin, China pada Mac 2013. Ia dikeudarakan di China menerusi TV Satelit Zhejiang pada 22 Apr 2014.
Pelakon
- Zhang Xiao / Ma'ertai Ruoxi oleh Liu Shishi
- Maharaja Kangxi oleh Liu Songren
- Putera Yinsi oleh Zheng Jiaying
- Putera Yinti oleh Lin Gengxin
- Putera Yinxiang oleh Yuan Hong.
Itu saja kot. Tengok movie, filem, drama, kartun mak nenek pun membantu untuk lebih cekap dari segi pemahaman. Alaah, Malaysia ini mudah saja nak dapat bahan. Best of luck!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan