Memaparkan catatan dengan label china. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label china. Papar semua catatan

Khamis, 19 Februari 2015

Kenangan Hidup: Sahabat



Penyanyi: 川子 Chuar Zi
Judul: 今生緣 Jinsheng Yuan

Isnin, 3 November 2014

Buku-Buku Asas Islam


Berikut adalah antara koleksi buku-buku atau kitab-kitab mengenai ajaran Islam gua yang berbahasa Cina. Semasa di USM dulu, gua turut melibatkan diri dalam kegiatan dakwah Islamiah juga cuma gua tidak kompang gempak seperti lu orang yang Tabligh mahupun Mahasiswa Islam. Gua terus berubah menjadi "Cina" bila gua berhubung dengan orang Cina biasa atau orang China Muslim. Gua pun menterjemah doa dan nota-nota ajaran Islam ke bahasa Cina. Bukan bersembang pandai saja!

Sila klik judul-judul untuk mengakses kitab-kitab:
馬天寧
Ma Tianning 
10 Muharram 1436

Raja Monyet Gempar Kayangan



Filem animasi ini merupakan keluaran negara China pada 1964 dan bolehlah dikira sebagai khazanah antik China. Projeknya bermula pada 1961. Ia adalah sebahagian daripada siri lagenda terkenal dinasti Tang, berjudul, "Pengembaraan ke Barat". Kisah ini mempunyai kaitan dengan perkembangan dan penyebaran Buddhisme di empayar China semasa zaman dinasti Tang.

Sinopsis

Cerita ini bermula dengan kelahiran monyet sakti, Sun Wukong, dari sebiji batu gunung yang menyerap cahaya bulan dan matahari. Selepas ditiup angin, batu tersebut pecah dan menghasilkan seekor monyet. Cerita monyet ini tiba ke pendengaran pihak kayangan selepas 500 tahun.

Sun Wukong bertakhta di Gunung Huiguo, Purvavideha, sebelah timur Gunung Sumeru. Maharaja Jed (dewa Indra) memerintahkan, dewa Taibai, untuk turun ke bumi bagi menjemput Wukong ke kayangan dalam mengekang pelebaran pengaruh monyet sakti tersebut. Di kayangan, Wukong dihina dan disuruh menjaga kuda kayangan.

Bermulalah pertelingkahan antara pihak kayangan dengan monyet sakti yang nakal itu....

Informasi

Judul Bahasa Cina: 大鬧天宮
Bunyi Rumi: Da Nao Tiangong
Babak Visual: Wukong bertikam dengan 100,000 tentera kayangan.

Khamis, 9 Oktober 2014

Sebuah Kehidupan yang Indah



Plot

Seorang wanita yang menjadi agen hartanah, Li Peiru mabuk di sebuah bar karaoke di Beijing. Dia terserempak dengan seorang anggota polis yang kesunyian, Fang Zhendong. Zhendong segera terasa mempunyai hati kepada Peiru yang gedik itu walaupun gadis tersebut berhubungan sulit dengan majikannya yang sudah beristeri. Hubungan sulit Peiru dengan bosnya berakhir dan bosnya cuma mempermainkannya saja.

Peiru bekerja keras mencari dana untuk idea perniagaannya, namun dia sentiasa gagal. Zhendong turut membantunya dengan ikhlas sehingga menjual rumahnya sendiri untuk memberi bantuan kepada gadis Hong Kong itu. Perniagaan Peiru gagal sebelum ia bermula pun. Peiru begitu kecewa dengan dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Zhendong menjadi kurang cerdas berfikir kerana kecederaan yang dialaminya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila dia dibuang kerja dari jabatan polis kerana kesalahan menggunakan kenderaan polis untuk tujuan peribadi.

Peiru mula pulih dari trauma kerugian perniagaannya. Dia tersedar bahawa Zhendong membantunya dengan penuh ikhlas. Dia turut menyedari bahawa dia telah jatuh cinta dengan Zhendong tetapi dia tida menemui lelaki itu lagi selepas dia berpindah.

Suatu hari, selepas dia berjaya mendapat kerja biasa-biasa, seorang kawan kepada Zhendong bertemu dengannya. Dia menyatakan bahawa nasib Zhendong begitu malang dan kesihatannya pun meruncing. Peiru pergi bertemu dengan Zhendong. Zhendong bertegas bahawa dia tidak boleh menyara Peiru lagi. Oleh itu, dia mesti meneruskan hidupnya atau nanti dia akan menyusahkan Peiru. Peiru berdegil dan berkahwin juga dengan Zhendong.

Zhendong sedar bahawa kesihatan mentalnya semakin lemah hari demi hari. Dia tidak mampu untuk pergi bekerja lagi dan tersesat ketika pulang dari bekerja. Ketika tiba di rumah, dia mendapat tahu bahawa Peiru sudah hamil. Dengan keadaan dirinya itu, dia terasa masa depan pun seperti terumbang-ambing. Zhendong ternampak penyamun keluar dari sebuah rumah di kejiranannya. Dia pun terus mengejar penyamun tersebut. Selepas berlari-lari, dia dihentak di kepala dengan batu-bata. Dia mengalami trauma dan dikejarkan ke hospital.

Peiru berdoa di sisi katilnya beberapa hari sehingga sakit dan pengsan ketika degupan jantung suaminya itu terhenti. Mereka berdua pun mengenangkan saat-saat manis mereka pada ketika mereka baru bertemu dulu. Peiru terjaga dan ternampak Zhendong di sisi katilnya. Dia meminta maaf kerana merisaukan suaminya. Mereka hidup bahagia selepas itu...

Maklumat Ringkas

Judul Bahasa Inggeris: A Beautiful Life
Judul Bahasa Cina: 不再讓你孤單
Genre: Romantik
Pengarah: 劉偉強 Liu Weiqiang

Watak dan Pelakon:
  • Fang Zhendong dibintangi oleh Liu Ye.
  • Li Peiru oleh Shu Qi.
  • Fang Zhencong oleh Tian Liang
Syarikat Produksi:
  • Media Asia Films
  • Beijing Bona Film and Cultural Communication
  • China Film Media Asia Audio Video Distribution
  • Basic Pictures
Tarikh Mula Tayang:
  • 13 Mei 2011, China
  • 26 Mei 2011, Hong Kong

Rabu, 8 Oktober 2014

Buddhisme di Empayar China


Ajaran Buddha memainkan peranan penting di Asia Timur selain mempunyai dinamika sejarah di situ. Ia terbit di luar tamadun China dan tersebar ke tamadun China menerusi yogi-yogi dari tamadun Indus, Indochina serta menerusi banjaran Himalaya. 

Lebih daripada 2000 tahun, idea-idea dari amalan dan falsafah ajaran Buddha membentuk kebudayaan China seperti di bidang-bidang seperti:
  • politik
  • kesenian
  • kesusasteraan
  • falsafah kerohanian
  • perubatan
  • budaya kebendaan
Penterjemahan sebahagian besar daripada korpus kesusasteraan ajaran Buddha India oleh orang Greek dan Parsi ke bahasa Cina serta penyertaan bersama terjemahan-terjemahan itu dengan karya-karya yang digubah di tamadun China ke dalam kanun bercetak memberi implikasi meluasnya sebaran ajaran Buddha ke dunia kebudayaan Sino termasuklah ke Semenanjung Korea, Kepulauan Jepun dan Vietnam. Ajaran Buddha kemudian berkembang menurut acuan kebudayaan China sekaligus mencerminkan hubungan interaksi agama orang Hindu dengan kepercayaan-kepercayaan yang terdapat di tamadun China.

Untuk pengetahuan anda, bukan semua orang Cina beragama Buddha. Mereka bukan seperti orang Melayu. Mereka boleh saja mengikut kultus-kultus wilayah mereka, agama rakyat, mengamalkan pelbagai jenis Taoisme, menganut agama asing lain seperti Kristian atau Islam dan juga yang tidak beragama (bu bai shen).

Sejarah Buddhisme di China

Dinasti Han (206 SM-220 M)
Zaman Enam Dinasti (220-589 M)
Dinasti Selatan dan Utara (420-589) serta Dinasti Sui (589-618)
Dinasti Tang (618-907)
Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaan (907-960/979)
Dinasti Song (960-1279)
Dinasti Mongol Yuan (1279-1368)
Dinasti Ming (1368-1644)
Dinasti Manchu QIng (1644-1911)
Zaman Republik China (1912-1949)
Zaman Republik Rakyat China (Tertubuh 1949)

Rujukan: Klik di sini.

Selasa, 7 Oktober 2014

Latihan Bahasa Cina


Latihan ini, aku buat dalam buku siri latihan topikal SJK (C) yang aku beli tahun bila entah. Harga pun murah saja iaitu RM 2.20. Lu orang nampak dak kegigihan serta komitmen gua dalam self-study? lolll.... Siri latihan ini menekankan perbendaharaan kata dan juga pemahaman untuk peringkat darjah satu. Gua tak perlu pergi SJK (C) pun untuk bercakap bahasa primitif Sino-Tibet yang berbunyi pelik ini, haha...

句子

Latihan 2
Latihan 3
Latihan 4
Latihan 5
Latihan 6
Latihan 7
Latihan 8
Latihan 9
Latihan 10
Latihan 11
Latihan 12

理解

Latihan 1

Ma Tianning
N. S. V

Jumaat, 12 September 2014

Bukit Changbai



Ini lagu berbahasa Manchu. Dalam dinasti Qing, bahasa ini dikira sebagai bahasa kerabat diraja. Gua faham pun sebab separuh lirik berbahasa Cina, lol...

Judul bahasa Manchuria: Hargaxame Wacere Alin
Judul bahasa Cina Utara: 望祭山 (Wang Jishan)
Penyanyi: 宋熙東 (Song Xidong)
Komposer: 阿茹娜 (A Runa)

Khamis, 11 September 2014

Suatu Hari Nanti Mimpi pun Sedar



Dunia ini seumpama mimpi sahaja. Yang sebenar itu di sebalik kesedaran selepas terbangkit dari tidur...

Judul bahasa Cina: 有一天夢會醒
Penyanyi: 柯佩磊 (Ke Peilei)
Judul seni kaligrafi: Kewujudan Berharga Manusia
Tuan punya kaligrafi: Tashi Mannox (klik untuk link)

Surat Cinta untuk Diriku



Gua terfikir juga mahu buat kerja bodoh menghantar surat cinta untuk diri sendiri, tapi gua malas pula hendak berleceh-lecehan keluar beli setem dan ke pejabat pos semua, lulul...

Penyanyi: Wang Fei
Judul bahasa Cina Kantonis: 給自己的情書
Judul bahasa Cina Utara: 笑忘書
Nota: Untuk tujuan pendidikan; bukan untuk keuntungan persendirian; rekod peribadi saja!

Sabtu, 6 September 2014

Bukit Guangxi



Nampak seperti di Ipoh, bukan? hahaha... Itu di negeri Guangxi, Republik Bukit China. Lagu bukit ini berjudul 虧了虧 Koei Liao Koei yang bermaksud literal, kurang sedikit demi sedikit. Ini stok tahun 1960-an punya oleh penyanyi lagu rakyat, Liu San Jie.

Kenalan Gua


Ini antara kenalan-kenalan gua di negeri Xinjiang. Gua ingat seekor itu nama Mu Jinlong dan seekor lagi tidak tahu nama. Depa takut kot tengok muka gua ganas, lol... Yang muka India itu, gua kenal yang T-Shirt biru itu saja. Dia Sri Lankan bernama Sardar. Yang muka Cina chubby itu, Yunus Huang Kai Budak itu kuat agama. Semua Muslim mazhab Hanafi. Sori, gua main cilok saja lu orang punya gambar, lolol.


Yang muka bukit itu, Idris Xian Hongzhi. Gua tegur dia dalam bus pada bulan posa 2010. Gua menyesal pula tidak periksa ini budak Mahasiswa Islam lagi budak ijazah pertama, huhu. Gua tak suka persatuan-persatuan dan budak bodo ijazah pertama : (

Oh yeah, gua memang cakap dan tulis bahasa Cina dengan jemaah China Bukit. Tapi sorry gua bukan China Bukit. Gua Indo-Aryan yang high-class, syumul dan brahmin.

Hati Merah Menyala



Lama gua tidak layan siri televisyen China Bukit. Di sini selalunya mereka menayangkan siri-siri dari Taiwan atau dari Singapore. Bahasa Cina depa menggunakan bahasa Cina Hokkien yang buat gua migrain mendengarnya. Gua tidak reti cakap bahasa Hokkien dan tak faham!!

Biasanya, gua bertutur dengan loghat hulu Sungai Yangtze, disebut sebagai loghat Shang Jiang. Loghat ini dituturkan juga di negeri Yunnan, Guangxi, dan selatan negeri Gansu. Oleh itu, gua boleh pretend yang gua ini adalah seorang China Bukit dari Barat, lols. Gua boleh faham bahasa Cina Kantonis juga.

Berbalik ke siri televisyen ini, judul bahasa Cinanya berbunyi 步步驚心 Bu Bu Jing Xin. Maksud literalnya adalah, Langkah demi Langkah Terkecut Hati. Entah, gua hentam trenslet saja. 

Sinopsis

Siri ini menceritakan mengenai seorang gadis dari abad ke-21, Zhang Xiao yang kena langgar kereta selepas pulang bekerja. Kejadian itu membawanya masuk ke dimensi zaman dinasti Qing semasa pemerintahan maharaja Kangxi (1704). 

Dia mendapati bahawa rohnya terperangkap dalam tubuh anak gadis seorang pegawai tinggi Manchuria bernama, Ma'ertai Ruoxi. Ma'ertai Ruoxi pula adalah adik kepada Ma'ertai Ruolan, seorang gundik kepada putera kelapan maharaja, putera Yinsi. Tersangkut di zaman silam, Zhang Xiao mesti menyesuaikan dirinya. Dia bertemu dengan putera-putera lain seperti putera keempat, putera Yinzhen serta adinda kandungnya, putera ke-14, putera Yinti. Ruoxi berkawan rapat dengan putera ke-13, putera Yinxiang. Dengan kecantikan kebijakannya, Ruoxi berjaya memenangi hati maharaja dan menjadi cik puan menunggu untuk melayani maharaja dan kerabat baginda.

Selanjutnya itu, tonton sendirilah. Gua malas mau cerita panjang.

Maklumat Siri

Siri ini diadaptasi dari novel hasil karangan Tong Hua terbitan 2005. Pada 2012, semua tiga bilangan novel diterbitkan penuh oleh Syarikat Penerbitan Kebudayaan Yeren di Taiwan. 

Rakaman filem siri televisyen ini bermula pada 6 Dis 2010 di Shanghai dan tamat pada 22 Mac 2011. Ia pertama kali diudarakan di China menerusi Sistem Penyiaran Hunan (HBS) pada 10 Sep 2011. Sekuel musim kedua, bermula difilemkan di Tianjin, China pada Mac 2013. Ia dikeudarakan di China menerusi TV Satelit Zhejiang pada 22 Apr 2014.

Pelakon
  • Zhang Xiao / Ma'ertai Ruoxi oleh Liu Shishi
  • Maharaja Kangxi oleh Liu Songren
  • Putera Yinsi oleh Zheng Jiaying
  • Putera Yinti oleh Lin Gengxin
  • Putera Yinxiang oleh Yuan Hong.
Itu saja kot. Tengok movie, filem, drama, kartun mak nenek pun membantu untuk lebih cekap dari segi pemahaman. Alaah, Malaysia ini mudah saja nak dapat bahan. Best of luck!

Cadangan Puisi Cina Terkenal


Puisi bahasa Cina disebut sebagai shī. Puisi-puisi ini sangat penting untuk membaca buku-buku klasik Cina dan juga untuk mempelajari tulisan primitif bahasa Cina yang bertrillion huruf itu.

Hangpa boleh mempelajari puisi-puisi tersebut dengan mengikut sukatan dari beberapa penyajak Cina kuno yang terkenal seperti:
  • 白居易 Bai Juyi, 772-846 M
  • 杜甫 Du Fu, 712-770 M
  • 杜牧 Du Mu, 803-852 M
  • 韓愈 Han Yu, 768-824 M
  • 李白 Li Bai, 701-762 M
  • 李商隱 Li Shangyin, 813-858 M
  • 李煜 Li Yu, 937-978 M
  • 柳宗元 Li Zungyuen, 773-819 M
  • 梅堯臣 Mei Yaochen, 1002-1060 M
  • 孟浩然 Meng Haoran, 689-740 M
  • 歐陽修 Ouyang Xiu, 1007-1072 M
  • 蘇軾 Su Shi, 1037-1101 M
  • 陶潛 Tao Qian, 365-427 M
  • 王維 Wang Vei, 701-761 M
Tidak perlu buang masa pergi ke kelas bahasa Cina jauh-jauh membazir wang. Lu ambil lu punya Skype, lu punya YM, emel segala mak nenek serta guna persekitaran lu saja. Masuk tempat banyak puak Bukit itu sila sembang terus dengan penuh yakin. Gua beli cat dan barang hardware kalau di kedai-kedai Cina di tempat kurang penduduk bangsa Cina itu dapat jugalah diskaun. Gua berani mati pretend jadi orang China wilayah Barat lagi you. Gua tak pi sekolah Cina mahupun pernah pergi ke China pun, lolololll.... Be creative saja guna environment lu.

Jumaat, 5 September 2014

Sutra Hati



Lagu ini dinyanyikan oleh Wang Fei diambil dari kitab suci ajaran Buddha Mahayana; Sutra Hati Berhikmah. Versi ini, versi konsert siaran langsung tahun 2009

Hanya Kawan Baik



Untuk lu semua lagu berjudul cuma kawan saja oleh Yu Kevei. Drama Taiwan ini dibintangi oleh Lee Chan Sum yang tak hensem itu. Dia kelihatan berisi sedikit.

Khamis, 4 September 2014

Buku Belajar

Buku-buku yang aku guna untuk belajar bahasa Bukit ini ada juga yang diberikan oleh mak menakan aku, makcik dagu cun pada 2002 semasa mereka membuat operasi 5S di rumah. Semua mak menakan aku bersekolah dari tadika sehingga ke sekolah tinggi di SJKC. 

Tidak perlu pergi ke SJKC membuang masa menyeksa diri menjadi seorang yang retard yang annoying pun semata-mata untuk belajar bahasa Sino-Tibet ini, lolol.


Yang lain-lain itu dibeli secara inisiatif sendiri, dibelikan oleh bapa aku yang menggalakkan tradisi pembelajaran, dipinjam dari perpustakaan untuk difotokopi bagi kegunaan sendiri serta dikutip oleh aku dari sesiapa yang tidak mau.