Selasa, 9 Februari 2016

Penulisan Bahasa Cina

Oleh Goh Then Chye


Bahasa bertulis adalah tanda bahasa lisan dan catatan bagi bunyi bahasa lisan. Bahasa bertulis menyiarkan fikiran dan emosi manusia lebih luas dan jauh lagi. Segala kebudayaan dan tamadun manusia dapat diwariskan sehingga kini disebabkan oleh tulisan. Lantaran itu, bahasa bertulis boleh dikatakan sebagai alat penyampaian fikiran, perasaan dan peradaban manusia.

Isi Kandungan

Sumber: Goh The Chye, Majalah Bulanan Dewan Bahasa, Mac 1973 p.p. 106-111
Gambar: Membaca dalam Pemandangan Muslim Luruh, Puisi Shen Zhou (1500 M)

Sabtu, 21 Februari 2015

Asas Bahasa Cina Praktikal


Masukan ini diperbuat untuk penutur-penutur bahasa Melayu yang baru mempelajari bahasa Cina. 

目錄 Isi Kandungan

Ia tidak menekankan kepada kepentingan pemahaman atau struktur tatabahasa. Semoga sedikit sebanyak membantu tuan-tuan dan puan-puan untuk berurusan di Republik Rakyat China (PRC) dan Republik China Taiwan (ROC).

Sumber foto: Brian Hogan

馬天寧
M. T. N

Khamis, 19 Februari 2015

Kenangan Hidup: Sahabat



Penyanyi: 川子 Chuar Zi
Judul: 今生緣 Jinsheng Yuan

Selasa, 11 November 2014

Kejujuran



無論貧窮或富貴,它都藏在你心底。看後受用一輩子。請正視它的存在

(Tidak kisahlah miskin atau kaya, ia terselit jauh di lubuk hati. Selesai menontonnya, sematkanlah dalam seumur hidup kita. Hadapi hidup ini menerusi kejujuran).

Pengeluar: SBS Print Service
Lokasi video: SJK (C) Khieow Bin
Pic hiasan: Chien Meiyu

Isnin, 3 November 2014

Buku-Buku Asas Islam


Berikut adalah antara koleksi buku-buku atau kitab-kitab mengenai ajaran Islam gua yang berbahasa Cina. Semasa di USM dulu, gua turut melibatkan diri dalam kegiatan dakwah Islamiah juga cuma gua tidak kompang gempak seperti lu orang yang Tabligh mahupun Mahasiswa Islam. Gua terus berubah menjadi "Cina" bila gua berhubung dengan orang Cina biasa atau orang China Muslim. Gua pun menterjemah doa dan nota-nota ajaran Islam ke bahasa Cina. Bukan bersembang pandai saja!

Sila klik judul-judul untuk mengakses kitab-kitab:
馬天寧
Ma Tianning 
10 Muharram 1436

Raja Monyet Gempar Kayangan



Filem animasi ini merupakan keluaran negara China pada 1964 dan bolehlah dikira sebagai khazanah antik China. Projeknya bermula pada 1961. Ia adalah sebahagian daripada siri lagenda terkenal dinasti Tang, berjudul, "Pengembaraan ke Barat". Kisah ini mempunyai kaitan dengan perkembangan dan penyebaran Buddhisme di empayar China semasa zaman dinasti Tang.

Sinopsis

Cerita ini bermula dengan kelahiran monyet sakti, Sun Wukong, dari sebiji batu gunung yang menyerap cahaya bulan dan matahari. Selepas ditiup angin, batu tersebut pecah dan menghasilkan seekor monyet. Cerita monyet ini tiba ke pendengaran pihak kayangan selepas 500 tahun.

Sun Wukong bertakhta di Gunung Huiguo, Purvavideha, sebelah timur Gunung Sumeru. Maharaja Jed (dewa Indra) memerintahkan, dewa Taibai, untuk turun ke bumi bagi menjemput Wukong ke kayangan dalam mengekang pelebaran pengaruh monyet sakti tersebut. Di kayangan, Wukong dihina dan disuruh menjaga kuda kayangan.

Bermulalah pertelingkahan antara pihak kayangan dengan monyet sakti yang nakal itu....

Informasi

Judul Bahasa Cina: 大鬧天宮
Bunyi Rumi: Da Nao Tiangong
Babak Visual: Wukong bertikam dengan 100,000 tentera kayangan.

Khamis, 9 Oktober 2014

Sebuah Kehidupan yang Indah



Plot

Seorang wanita yang menjadi agen hartanah, Li Peiru mabuk di sebuah bar karaoke di Beijing. Dia terserempak dengan seorang anggota polis yang kesunyian, Fang Zhendong. Zhendong segera terasa mempunyai hati kepada Peiru yang gedik itu walaupun gadis tersebut berhubungan sulit dengan majikannya yang sudah beristeri. Hubungan sulit Peiru dengan bosnya berakhir dan bosnya cuma mempermainkannya saja.

Peiru bekerja keras mencari dana untuk idea perniagaannya, namun dia sentiasa gagal. Zhendong turut membantunya dengan ikhlas sehingga menjual rumahnya sendiri untuk memberi bantuan kepada gadis Hong Kong itu. Perniagaan Peiru gagal sebelum ia bermula pun. Peiru begitu kecewa dengan dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Zhendong menjadi kurang cerdas berfikir kerana kecederaan yang dialaminya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila dia dibuang kerja dari jabatan polis kerana kesalahan menggunakan kenderaan polis untuk tujuan peribadi.

Peiru mula pulih dari trauma kerugian perniagaannya. Dia tersedar bahawa Zhendong membantunya dengan penuh ikhlas. Dia turut menyedari bahawa dia telah jatuh cinta dengan Zhendong tetapi dia tida menemui lelaki itu lagi selepas dia berpindah.

Suatu hari, selepas dia berjaya mendapat kerja biasa-biasa, seorang kawan kepada Zhendong bertemu dengannya. Dia menyatakan bahawa nasib Zhendong begitu malang dan kesihatannya pun meruncing. Peiru pergi bertemu dengan Zhendong. Zhendong bertegas bahawa dia tidak boleh menyara Peiru lagi. Oleh itu, dia mesti meneruskan hidupnya atau nanti dia akan menyusahkan Peiru. Peiru berdegil dan berkahwin juga dengan Zhendong.

Zhendong sedar bahawa kesihatan mentalnya semakin lemah hari demi hari. Dia tidak mampu untuk pergi bekerja lagi dan tersesat ketika pulang dari bekerja. Ketika tiba di rumah, dia mendapat tahu bahawa Peiru sudah hamil. Dengan keadaan dirinya itu, dia terasa masa depan pun seperti terumbang-ambing. Zhendong ternampak penyamun keluar dari sebuah rumah di kejiranannya. Dia pun terus mengejar penyamun tersebut. Selepas berlari-lari, dia dihentak di kepala dengan batu-bata. Dia mengalami trauma dan dikejarkan ke hospital.

Peiru berdoa di sisi katilnya beberapa hari sehingga sakit dan pengsan ketika degupan jantung suaminya itu terhenti. Mereka berdua pun mengenangkan saat-saat manis mereka pada ketika mereka baru bertemu dulu. Peiru terjaga dan ternampak Zhendong di sisi katilnya. Dia meminta maaf kerana merisaukan suaminya. Mereka hidup bahagia selepas itu...

Maklumat Ringkas

Judul Bahasa Inggeris: A Beautiful Life
Judul Bahasa Cina: 不再讓你孤單
Genre: Romantik
Pengarah: 劉偉強 Liu Weiqiang

Watak dan Pelakon:
  • Fang Zhendong dibintangi oleh Liu Ye.
  • Li Peiru oleh Shu Qi.
  • Fang Zhencong oleh Tian Liang
Syarikat Produksi:
  • Media Asia Films
  • Beijing Bona Film and Cultural Communication
  • China Film Media Asia Audio Video Distribution
  • Basic Pictures
Tarikh Mula Tayang:
  • 13 Mei 2011, China
  • 26 Mei 2011, Hong Kong