Khamis, 9 Oktober 2014

Sebuah Kehidupan yang Indah



Plot

Seorang wanita yang menjadi agen hartanah, Li Peiru mabuk di sebuah bar karaoke di Beijing. Dia terserempak dengan seorang anggota polis yang kesunyian, Fang Zhendong. Zhendong segera terasa mempunyai hati kepada Peiru yang gedik itu walaupun gadis tersebut berhubungan sulit dengan majikannya yang sudah beristeri. Hubungan sulit Peiru dengan bosnya berakhir dan bosnya cuma mempermainkannya saja.

Peiru bekerja keras mencari dana untuk idea perniagaannya, namun dia sentiasa gagal. Zhendong turut membantunya dengan ikhlas sehingga menjual rumahnya sendiri untuk memberi bantuan kepada gadis Hong Kong itu. Perniagaan Peiru gagal sebelum ia bermula pun. Peiru begitu kecewa dengan dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Zhendong menjadi kurang cerdas berfikir kerana kecederaan yang dialaminya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila dia dibuang kerja dari jabatan polis kerana kesalahan menggunakan kenderaan polis untuk tujuan peribadi.

Peiru mula pulih dari trauma kerugian perniagaannya. Dia tersedar bahawa Zhendong membantunya dengan penuh ikhlas. Dia turut menyedari bahawa dia telah jatuh cinta dengan Zhendong tetapi dia tida menemui lelaki itu lagi selepas dia berpindah.

Suatu hari, selepas dia berjaya mendapat kerja biasa-biasa, seorang kawan kepada Zhendong bertemu dengannya. Dia menyatakan bahawa nasib Zhendong begitu malang dan kesihatannya pun meruncing. Peiru pergi bertemu dengan Zhendong. Zhendong bertegas bahawa dia tidak boleh menyara Peiru lagi. Oleh itu, dia mesti meneruskan hidupnya atau nanti dia akan menyusahkan Peiru. Peiru berdegil dan berkahwin juga dengan Zhendong.

Zhendong sedar bahawa kesihatan mentalnya semakin lemah hari demi hari. Dia tidak mampu untuk pergi bekerja lagi dan tersesat ketika pulang dari bekerja. Ketika tiba di rumah, dia mendapat tahu bahawa Peiru sudah hamil. Dengan keadaan dirinya itu, dia terasa masa depan pun seperti terumbang-ambing. Zhendong ternampak penyamun keluar dari sebuah rumah di kejiranannya. Dia pun terus mengejar penyamun tersebut. Selepas berlari-lari, dia dihentak di kepala dengan batu-bata. Dia mengalami trauma dan dikejarkan ke hospital.

Peiru berdoa di sisi katilnya beberapa hari sehingga sakit dan pengsan ketika degupan jantung suaminya itu terhenti. Mereka berdua pun mengenangkan saat-saat manis mereka pada ketika mereka baru bertemu dulu. Peiru terjaga dan ternampak Zhendong di sisi katilnya. Dia meminta maaf kerana merisaukan suaminya. Mereka hidup bahagia selepas itu...

Maklumat Ringkas

Judul Bahasa Inggeris: A Beautiful Life
Judul Bahasa Cina: 不再讓你孤單
Genre: Romantik
Pengarah: 劉偉強 Liu Weiqiang

Watak dan Pelakon:
  • Fang Zhendong dibintangi oleh Liu Ye.
  • Li Peiru oleh Shu Qi.
  • Fang Zhencong oleh Tian Liang
Syarikat Produksi:
  • Media Asia Films
  • Beijing Bona Film and Cultural Communication
  • China Film Media Asia Audio Video Distribution
  • Basic Pictures
Tarikh Mula Tayang:
  • 13 Mei 2011, China
  • 26 Mei 2011, Hong Kong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan