Isnin, 3 November 2014

Raja Monyet Gempar Kayangan



Filem animasi ini merupakan keluaran negara China pada 1964 dan bolehlah dikira sebagai khazanah antik China. Projeknya bermula pada 1961. Ia adalah sebahagian daripada siri lagenda terkenal dinasti Tang, berjudul, "Pengembaraan ke Barat". Kisah ini mempunyai kaitan dengan perkembangan dan penyebaran Buddhisme di empayar China semasa zaman dinasti Tang.

Sinopsis

Cerita ini bermula dengan kelahiran monyet sakti, Sun Wukong, dari sebiji batu gunung yang menyerap cahaya bulan dan matahari. Selepas ditiup angin, batu tersebut pecah dan menghasilkan seekor monyet. Cerita monyet ini tiba ke pendengaran pihak kayangan selepas 500 tahun.

Sun Wukong bertakhta di Gunung Huiguo, Purvavideha, sebelah timur Gunung Sumeru. Maharaja Jed (dewa Indra) memerintahkan, dewa Taibai, untuk turun ke bumi bagi menjemput Wukong ke kayangan dalam mengekang pelebaran pengaruh monyet sakti tersebut. Di kayangan, Wukong dihina dan disuruh menjaga kuda kayangan.

Bermulalah pertelingkahan antara pihak kayangan dengan monyet sakti yang nakal itu....

Informasi

Judul Bahasa Cina: 大鬧天宮
Bunyi Rumi: Da Nao Tiangong
Babak Visual: Wukong bertikam dengan 100,000 tentera kayangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan